Apakah itu Paint.NET?
Paint.NET adalah program perisian pengeditan gambar yang menyerupai Adobe Photoshop, namun diedarkan secara percuma di alam maya. Muat turun di sini.
Setakat ini belum ada lagi tutorial berkenaan mewarnakan karya secara digital melalui perisian ini (Maaflah kalau ada, mungkin saya terlepas pandang). Saya juga mula berjinak-jinak dengan perisian ini sekitar awal bulan lepas. Jadi maaflah jika hasil kerja agak 'tidak semenggah'.
[...]
Baik, mari kita mulakan tutorial ini.
(Gambar yang digunakan adalah lukisan 'GaiaVatar BlackWhiteGirl1-Cat')
Saya masih melukis secara manual di atas kertas, maka untuk merwarnakannya, saya perlu imbaskan ke dalam komputer. Seperti kebanyakan orang sedia maklum, lineart akan menjadi pudar setelah diimbas, seperti di bawah.
Maka; untuk menggelapkannya kita perlu selaraskan brightness/contrast gambar tersebut.
Oh ya, kebiasaannya saya setkan larasan kepada -75/75.
Hasilnya:
Perhatikan, warna lineart sudah menjadi lebih gelap daripada asal.
[...]
Sekarang, selepas melaraskan gambar, layer akan 'diletakkan' pada gambar. Layer ini berfungsi melindungi gambar asal daripada 'cacat' disebabkan perwarnaan terus ke atas karya.
Bagaimana mahu letakkan layer?
Pertama, pilih opsyen 'Add New Layer' pada tab Layer. Sebuah layer baru akan muncul secara automatik di dalam panel Layer, di atas kerja asal (background)
Kedua, buka 'Layer Properties' bagi layer tersebut. Terdapat dua cara untuk mengaksesnya;
1) Klik 'Properties' pada panel 'Layer' (dalam petak merah).
2) Melalui tab Layer, pilih opsyen bawah sekali.
(Pastikan layer yang hendak ditukar cirinya sudah dipilih terlebih dahulu.)
Ketiga, selepas mengakses 'Layer Properties', di ruang Blending, setkan kepada mod 'Multiply'.
Oh ya, mengapa perlu setkan kepada multiply?
Oops! Terlebih warna pula.
Perasankah yang garisan asal di kawasan 'terlajak' tidak ditutupi langsung dengan warna tersebut?
Baik, kita padamkan kawasan yang terlajak warna tadi.
Perhatikan, walaupun kawasan yang berlebihan dipadam, pemadaman warna tidak meninggalkan kesan terhadap lineart.
[...]
Baiklah. Selesai mengeset layer, kerja mewarna boleh dimulakan. Pastikan setiap satu layer hanya guna satu atau dua warna sahaja, takut tercampur pula. Jangan lupa setkan kesemua layer tersebut kepada mod 'multiply' seperti yang ditunjukkan sebelum ini.
Mulakan dengan warna asas.
Selesai meletakkan warna asas, kerja touch-up boleh dimulakan.
Seperti awalnya, gunakan layer baru untuk setiap warna berbeza.
Jangan risau, komputer tidak akan 'hang' walaupun guna layer banyak sangat. 
[...]
Baiklah, kerja touch-up juga sudah selesai. Namun tidak bolehlah save sebegini, nanti ia disimpan dalam komputer sebagai '.pdn' (konsep serupa dengan '.psd' bagi Adobe Photoshop). Komputer tidak boleh baca pula. Mahu muat naik di internet pun tidak boleh.
Oleh itu, layer-layer tadi perlu disatukan (merge) sehinggalah menjadi satu gambar. Jangan risau, penyatuan layer tidak akan menjejaskan kualiti lineart.
Untuk menyatukan layer-layer itu, klik opsyen 'Merge Layer Down' pada panel Layer.
Opsyen ini akan menyebabkan layer yang dipilih akan disatukan dengan satu layer yang berada di bawahnya. Oleh itu, teruskan kerja 'layer merging' sehingga menjadi begini.
[...]
Selesai menyatukan kesemua layer menjadi satu, barulah boleh disimpan. (saya menyimpannya sebagai '.jpg', memang saya setkan begini. Namun boleh sahaja disimpan sebagai '.gif' atau '.png'. Terpeluang mahu yang mana satu)
Baiklah, nampaknya selesailah tutorial kita untuk hari ini.
[...]
Jika ada yang tidak faham berkenaan tutorial ini, boleh tanya saya.
Jika saya boleh jawab, saya akan jawab; jika saya tidak boleh jawab, aaaaa.....
(lari menyembunyikan diri)
























